October 21, 2009

Perkenalan menjadi rapat




Arwah memang sangat dikenali atas perwatakannya yang tak sombong .
Apabila The Times akan membuat persembahan di Jb,kami yang akan menjemput mereka di Hotel .Membawa mereke bersiar-siar ke sekitar Johor Bahru .
(Memeluk dan bertembung pipi bersama arwah itu yang menjadi kenangan kuat buat aku)
Pernah satu ketika arwah membawa anak kecilnya yang kami panggil Amanda berumur 1tahun 8bulan ketika itu .

Persis arwah,Amanda sangat bijak dalam bertutur,telus segala perkataan yang dia sebutkan walaupun ketika itu umurnya baru mencecah 1tahun 8bulan.
Hanya sekali itulah kami berjumpa dengan Amanda dan setiap kali mereka ada membuat persembahan di Jb kami akan menjemput mereka sehinggalah satu ketika kami mendapat berita rumahtangga arwah menjadi goyah,tak tahu apa puncanya dan aku tak nak ambil tahu.

Julai 2008,kali terakhir kami berjumpa arwah dan menjemput mereka di hentian Bus Larkin JB
dan kami sangkakan rumahtangga arwah sudah pulih kembali tetapi sangkaan kami meleset.Beberapa hari selepas kami berjumpa arwah kami dapat berita menghampakan bahawa mereka sudah pun sah bercerai.
Saat itulah kehidupan arwah terlalu sukar apabila kami melihat kesemua photo yang di muatturun ke Facebook / Myspace.
Faham hati seorang perempuan bergelar ibu yang inginkan terbaik buat tersayang bergelar ANAK.
Itulah kali terakhir kami mendengar berita arwah dan terus terputus hubungan dengannya .
Dan aku tahu bahawa arwah bekerja keras demi memenuhi kehendak anak kesayangannya .Dan aku juga tahu betapa sayangnya arwah terhadap Amanda .

Beberapa bulan selepas itu aku berkenalan pula dengan bekas biras arwah,Lin.Alhamdulillah dalam kotak pemikiran aku sudah nampak jalan untuk aku mencari arwah .Dari situ aku selalu bertanya khabar tentang arwah dan Amanda.Lin juga terlalu baik aku tahu walaupun baru sahaja mengenalinya dalam laman web .

Sehinggalah aku mendapat satu berita yang menyedihkan dari Lin.
Pada 18 Oktober 2009 Lin sampaikan berita sedih ini pada aku melalui sistem pesanan ringkas mengatakan Dayana meninggal dalam kemalangan dan Dayana rentung dalam kemalangan itu di kelantan.Allahuakhbar!Mengucap panjang.
Tapi aku tetap tidak percaya dengan berita tersebut kerana mayat belum dikenalpasti dan ketika itu aku berdoa mayat tersebut bukan Dayana.

Malam 19 Oktober 2009 berita utama Tv3 mengesahkan mayat tersebut adalah Wan Noor Diana Binti Mohd kamaruzaman 22tahun.
Allahuakhbar!mengucap panjang aku sekali lagi dan air mata pun meruntun jatuh .Aku bertanya sendiri mengapa Dayana meninggal dalam keadaan sebegitu rupa.
Allahuakhbar!Innalillahiwainnalillahirajiun.Ya Allah kau tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yang beriman Ya Allah.

Buat Amanda,Aunty tahu Manda mungkin tak mengingati aunty tapi walauapapun aunty Shenaz & uncle Syafiq juga menyayangi Manda dan
semua orang sayangkan Manda .Tabahkan hati Manda sekuat Hati ibu Manda .

Buat Arwah,kami amat sayangkan you dan kami redha atas pemergian you .May you rest in peace.Apa sahaja yang kita buat bersama ketika you di JB itu adalah kenangan paling indah dalam hidup i .Kenapa secara tiba-tiba pada 2minggu lepas i beriya sangat untuk meminta Lin memberikan no telefon i pada you?Dan beberapa hari selepas itu kita
terus tak akan jumpa sampai bila-bila pun .Ya Allah..................Al-fatihah.....................
Xoxo.....


.the end.